Pembiayaan Dana Niaga adalah sebuah program kredit mikro Islamik yang dilaksanakan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad. Kenali Waqaf
Dana Niaga menyediakan kemudahan pembiayaan mikro Islamik untuk membantu usahawan mendapatkan modal perniagaan secara lebih mudah, telus dan patuh syariah.
Dana Niaga menawarkan dua kategori pembiayaan patuh syariah yang disesuaikan mengikut tahap perkembangan perniagaan usahawan.
Mulakan langkah pertama bersama Dana Niaga hari ini.
Mohon SekarangPastikan anda memenuhi syarat asas berikut sebelum membuat permohonan pembiayaan Dana Niaga.
Perniagaan milikan tunggal atau perkongsian yang berdaftar di Malaysia.
Telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun bagi Qardul Hassan atau 3 tahun bagi Murabahah Tawarruq.
Pembiayaan hendaklah digunakan bagi tujuan pembangunan dan pengembangan perniagaan.
Perniagaan mestilah halal serta mematuhi undang-undang dan syariah.
Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang sah.
Berumur antara 18 hingga 55 tahun semasa membuat permohonan.
Beragama Islam, sihat tubuh badan dan berkeupayaan mengurus perniagaan.
Tidak diisytiharkan bankrap atau mempunyai petisyen kebankrapan.
Beberapa pertanyaan yang sering ditanya mengenai Pembiayaan Dana Niaga.