1. Sila lengkapkan borang permohonan (secara manual atau atas talian) beserta dokumen-dokumen berikut

  • 2 keping gambar ukuran passport
  • 1 salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang)
  • 1 salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah)
  • 1 salinan pengesahan lesen menjaja atas nama pemohon daripada Pihak Berkuasa Tempatan, ATAU salinan lesen daripada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran, suntikan kesihatan TY2 dan pengesahan bagi peniaga yang mempunyai premis
  • 1 salinan penyata akaun bank tiga (3) bulan yang terkini dan disahkan oleh pihak bank
  • 1 salinan penyata bayaran pinjaman daripada pihak bank (jika ada)
  • 1 salinan sertakan penyata bayaran pinjaman lima (5) bulan terakhir (jika ada)
  • 1 salinan dokumen kepunyaan penjamin seperti yang berikut :-
    1. 1 salinan Kad Pengenalan penjamin (depan dan belakang)
    2. 1 salinan slip gaji tiga (3) bulan ATAU borang pengakuan pendapatan
    3. 1 salinan bil air ATAU bil elektrik

2. Hantar borang beserta dokumen yang telah lengkap secara atas talian atau fizikal di pejabat Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Permohonan yang layak akan dihubungi bagi proses siasatan



Sila lihat video diatas untuk penerangan yang lanjut