1. Membayar ansuran bulanan secara arahan tetap (auto debit) dari akaun bank setiap 15hb setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman. Jumlah ansuran bulanan adalah seperti berikut:
-
RM125 sebulan bagi pinjaman RM 3,000
-
RM200 sebulan bagi pinjaman RM 5,000
-
RM175 sebulan bagi pinjaman RM 7,000
-
Amaun lain yang ditetapka oleh WANCorp bagi pinjaman dengan keuntungan
2. Membayar Yuran Pengurusan Bulanan sebanyak RM20 sebulan bermula tahun ke-2 pinjaman bagi menampung kos pemantauan bulanan, termasuk kos peringatan (SMS, surat), siasatan dan sistem.
3. Menggunakan pinjaman tersebut bagi tujuan perniagaan yang diluluskan sahaja.
4. Memastikan perniagaan yang dijalankan adalah halal dan sah berlandaskan undang-undang Malaysia dan Shariah.
5. Menghantar Laporan Aliran Tunai dan Penyata Akaun Bank pada setiap 15hb setiap bulan sepanjang tempoh pinjaman tersebut.
6. Membenarkan WANCorp untuk menjalankan aktiviti pemantauan perniagaan peminjam termasuk memasuki premis dan menyemak dokumen-dokumen perniagaan peminjam; dan
7. Memenuhi syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.